notim .!

notim .!
nmpk cam sedo je gmbr nie...

Wednesday, 14 December 2011

MASALAH HIDUP

2 3 ari lg ak na p poli blk... msuk sem 2. tp yg jd mslhnya , uma sewa xde un ag.. bwu kalot na cr ..apeedaaaa...
sbenarny daa ad.. jnji na byr , tp dy soh msuk duit lam ac dy ..mane  ley en?? pastu jnji laa nk jmpe.. na bg sdiri . dy kate dy keje , na jgak soh msuk duit lam ac dy ..(tah pape) kteowg ckp , jmpe mlm takpe , lpz keje .. last2 dy ckp xna r ejas, sb kteowg x pcaye at dy..memg cr psl r dy ni.. nasib baek x back in lg duit ..
x nk LIKE ?? www.tips-fb.com

Saturday, 15 October 2011

ALAMAK !!!!

HARD DISK ak osak..adoyai...sume ad lam tu..movie,game , gmbr...!! adoolaa..yg si pembuat lak x ckp pape un, dah 2 brg ak dy rosakkan.. tttuiih!!!
x nk LIKE ?? www.tips-fb.com

AKU BENCI ORANG HIPOKRIP

nape laa orang ni eh?? dakwah orang bkn maen lg.. kte tegor xna trime.. dy je yg btol.yg kte ni cm x pena blaja agama.. yg dy dakwah org tu, x pena plak nmpk dy blaja mne2 tmpt..ilmu pom dpt dr angin g 2 je..x pyh laa wei.
x nk LIKE ?? www.tips-fb.com

Thursday, 14 April 2011

KURA-KURA DAN MONYET



Pada zaman dahulu, kononnya, ada seekor kura-kura yang turun dari bukit pergi ke sungai untuk mencari makanan. Waktu Si Kura-Kura sampai di sungai itu, dianampak sebatangpokokpisang. Dia pun pergi melihat pokok itu, manalah tahu kalau ia berbuah. Tetapi apabila dia lihat betul-betul rupanya pokok pisang itu tidak ada buah; hanya pokok sahaja. Si Kura-Kura berfikir, "Pokok pisang ini masih muda. Baik saya tanam supaya nanti ia boleh berbuah." Tetapi kasihan Si Kura-Kura, dia tidak dapat mengangkat pokok pisang itu kerana pokok itu terlalu berat. Si Kura-Kura pun mencari akal bagailuana dia boleh membawa pokok itu.
Di seberang sungai itu ada se ekor monyet sedang melihat Si Kura-Kura memegang pokok pisang itu. Lalu kata Si Monyet, "Apa yang engkau pegang itu, Kura-Kura, bukankah itu pisang?"
Si Kura-Kura menjawab, "Apa lagi, kawan! Tetapi saya tidak dapat mengangkat pokok ini sebab berat sekali."
Apabila Si Monyet mendengar Si Kura-Kura berkata 'Pisang', dia terus menjawab, "Janganlah susah hati fasal itu, kawan, saya akan menolong engkau tetapi engkau berilah bahagian kepada- saya."
Jawab Si Kura-Kura, "Janganlah susah hati, kita akan membahaginya."
Jadi Si Monyet pun berenangke seberang sungai itu untuk menolong Si Kura-Kura. Apabila dia sampai, dia nampak pokok pisang itu tidak berbuah. "Hai," katanya, "Saya sudah rugi datang ke sini. Saya fikir apabila engkau kata, 'Pisang', pokok itu sudah berbuah."
Tetapi Si Kura-Kura berkata, "Janganlah susah hati kerana pokok ini tiada buah, kawan. Kalau kita tanam, ia pasti berbuah. Tapi kita mesti mengeratnya, engkau ambil sebelah, dan saya ambil sebelah. Pilihlah yang mana engkau suka, di sebelah batangnya atau di sebelah pucuknya."
Jadi Si Monyet pun berf kir, kalau dia ambil di sebelah batangnya, sudah tentu lambat berbuah. Oleh itu Si Monyet berkata, "Kalau begitu, kawanku Kura-Kura, di sebelah batangnya engkau ambil dan di sebelah pucukaya saya ambil, sebab kalau saya ambil yang di sebelah batangnya, ia lama berbuah. Lebih baik saya ambil yang di sebelah pucuknya sebab sudah berdaun sedia. Hanya tunggu berbuah sahaja."
Kata Si Kura-Kura, olehlah. : Si Monyet pun mengerat pokok pisang itu kepada dua penggal. "Kalau begitu, kawanku Monyet," kata Si Kura-Kura, "saya minta engkau tolong saya mengangkat bahagian saya ini sebab saya tidak dapat mengangkatnya."
Mereka pun bersama-sama mengangkat pokok pisang itu naik dari tebing sungai itu. Apabila mereka sampai ke tempat yang lebih tinggi, mereka pun menebas tempat itu supaya dapat menanam pisang Si Kura-Kura itu. Apabila mereka sudah selesai menebas dan menebang kayu-kayu di situ, mereka tidak membakarnya sebab tempat itu kecil sahaja, hanya cukup besar untuk menanam pokok pisang itu sahaja. Mereka menggali tanah di situ dan menanam pokok pisang itu. Si Kura-Kura pun menjaga pokok pisangnya di situ. Tetapi Si Monyet pula, apabila mereka selesai menanam pokok pisang Si Kura-Kura itu, dia membawa pokok pisang bahagianya dan menanamnya di tempat lain yang lebih jauh. Si Monyet ketawa terbahak-bahak serta berkata," Lihatlah nanti pisang siapa berbuah dahulu. Bahagian saya ini sudah berdaun sedia." Setelah selesai menanam pokok pisang sebelah pucuk itu mereka pun sama-sama menunggu.
Keesokannya Si Kura-Kura nampak pokok pisangnya sudah mulai bertunas. Tetapi pisang Si Monyet pula sudah jadi kuning sebab layu. Tetapi Si Monyet kata, "Ha, tidak lama lagi pokok pisang ini akan berbuah sebab sudah mulai kuning." Padahal bukan pula berbuah tetapi mulai mati.
Tiga hari kemudian, waktu Si Monyet melihat pokok pisangnya, pokok itu sudah layu. "Hai," Si Monyet berkata, "saya rugi pula kerana pisang saya sudah layu."
Beberapa bulan kemudian, pokok pisang Si Kura-Kura itu sudah besar dan mulai berbnah. Si Kura-Kura sabar menunggu, dan tidak lama kemudian buah pisang itu menjadi besar dan kuning sebab sudah masak. Tetapi Si Kura-Kura pula ada rnasalah, dia tidak dapat memanjatnya. Tiga hari selepas itu, Si Kura-Kura nampak pisangnya sudah masak. Oleh kerana dia tidak dapat memanjatnya, mahu tidak mabu, terpaksalah Si Kura-Kura pergi mencari Si Monyet untuk meminta dia memanjat pokok pisanguya. Kata Si Kura-Kura, "Beginilah kawan! Kalau engkau sudi menolong saya, tolonglah panj at pokok pisang saya itu sebab buahnya sudah masak. Saya tidak pandai memanjat, jadi tolonglah saya. Nanti buah-buahnya kita bagi sama."
"Hai," kata Si Monyet, "jangan susah hati, kita pun sudah saling tolong menolong sejak dulu lagi, itu bukan susah." Apabila mereka sampai di pokok pisang itu, Si Monyet berkata, "Kalau begitu, kawanku Kura-Kura, saya akan memanjatnya, dan nanti saya akan gugurkan buah-buahnya. Kalau bunyinya 'buk', jangan ambil. Kalau 'pis' bunyinya, engkau ambillah."
"Baiklah," jawab Si Kura-Kura. Si Monyet pun memanjat pokok pisang itu dan sebelum dia menjatuhkan buah-buah pisang itu, dimakannya dahulu. Si Kura-Kura itu berkata, "Hai, kawanku Monyet. Mengapa engkau tidak gugurkan buah pisang itu?"
Kata Si Monyet pula, "Nanti dulu kawan. Apabila saya sudah kenyang, saya akan memberikan buah-buah ini kepada-engkau." Lalu makanlah Si Monyet sampai kenyang. Apabila sudah kenyang baru dia berikan kepada Si Kura-Kura. Si Monyet menjatuhkannya dengan berbunyi 'pis', yang mana sudah dimakan oleh Si Monyet. Apabila Si Kura-Kura pergi mengambilnya hanya kulit buah pisang sahaja, isinya sudah dimakan oleh Si Monyet.
Si Kura-Kura sangat-marah pada Si Monyet sebab dia kena tipu. Dia turun pergi ke sungai untuk mencari Si Ketam. Apabila ditemuinya Si Ketam, dibawanya ia ke darat. Sebaik saja mereka sampai di bawah pokok pisang itu, Si Kura-Kura menyuruh Si Ketam memanjat pokok pisang itu untuk menyepit buah kemaluan Si Monyet. Si Monyet pula ketawa terbahak-bahak sebab dia sudah kenyang makan buah pisang, tetapi dia tidak tahu Si Ketam sedang memanjat pokok pisang itu. Sekali dirasanya, Si Ketam sedang menyepit buah kemaluannya. Si Monyet pun meloncat turun dari atas sebab kesakitan dan meminta tolong dari Si Kura-Kura untuk menghalau Si Ketam yang menyepit buah kemaluannya itu.
Tetapi Si Kura-Kura ketawa besar pada Si Monyet, serta berkata, "Nah' itulah hadiahnya engkau menipu saya. Sesudah engkau kenyang, tidak sebijipun engkau bagi."
Si Monyet tidak tahu bahawa Si Kura-Kura pula yang menyuruh Si Ketam memanjat pokok pisang itu. Tidaklah lama kemudian, buah kemaluan Si Monyet pun bernanah. Akhiwya dia pun mati.
x nk LIKE ?? www.tips-fb.com

Monday, 11 April 2011

temgilim !!!

WVB7087




Amacam ..? relax r gu...saje2 nk segar kn angin...syukur sgt dpt bli tengilim ni..
bg famly ak,susa sgt na bli bnde2 mcm ni..
so, da dpt ni..ak memg kne jge dy tol2 ,.oooo pasal plate KL 2 sb nk amik
bnde ni sume kaklong ak yg settle an...simple..syukur jugak ad kakak yg penyayang .. kn .?
ak doa kn kakak ak nie bjaya dunia akhirat ..amiiinnn......
x nk LIKE ?? www.tips-fb.com

renungkan

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

x nk LIKE ?? www.tips-fb.com

20 sbb x perlu mntk maaf

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?
Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 – PERASAAN KAMU Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 – LEBIH BERKEBOLEHAN Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 – MASA LALU Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 – MENJADI PERHATIAN Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 – MEMUTUSKAN CINTA Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 – BERKATA JUJUR Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama adaboleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 – BERTERUS TERANG Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 – TIDAK MENEPATI CITA RASA Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 – TERUS BERTANYA Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 – MASIH SOLO Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 – TENTANG KEGEMARAN Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 – BIJAK DAN AKTIF Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 – MEMINTA BANTUAN Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 – BUKAN BERPUNCA DARI KAMU Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 – PANDU BERHATI-HATI Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.

17 – ORANG MENUDUH KAMU Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 – TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 – TIDAK SAMA HALUAN Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 – DIPAKSA Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.
x nk LIKE ?? www.tips-fb.com